fbpx

Zulkifli terima nota pesanan suara dari adik Qaisara Jannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan terima kasih Zulkifli

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Semua orang dekat Jakim okay tak? Saya sedih Datuk Dr. Zulkifli ada Covid-19. Insya-Allah ‘baby’ akan sentiasa doakan.

Itu antara nota pesanan suara dikirimkan adik Qaisara Jannah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kanak-kanak perempuan berkenaan adalah salah seorang pemenang #IqraChalenggeNuzulQuran anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), baru-baru ini.

Qaisara mengirimkan pesanan suara itu bagi bertanyakan khabar Zulkifli yang kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19, Isnin lalu.

Pesanan suara itu dikongsi Zulkifli menerusi laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Zulkifli merakamkan terima kasih kepada peminat ciliknya itu kerana bertanyakan khabar tentang dirinya serta warga Jakim.

“Terima kasih anakanda Qaisara Jannah kerana bertanya khabar saya dan warga Jakim.

“Anak kecil ini salah seorang pemenang #IqraChallengeNuzulQuran Jakim. Tak sangka mendapat nota suara (voice note) ingatan anak kecil ini.

“Alhamdulillah, saya sihat-sihat sahaja di sini. Bertambah gembira dan terharu mendengar suara comel Qaisara Jannah. Moga membesar menjadi anak yang solehah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI