fbpx

Syarikat penerbangan Britain benar juruterbang lelaki, pramugara pakai skirt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANGKAH itu membenarkan pekerja memakai pakaian seragam sesuai dengan cara mereka dikenali. – Arabian Business

LONDON – Sebuah syarikat penerbangan terkemuka Britain, Virgin Atlantic mengumumkan dasar jantina dan keperluan seragam baharu kelmarin, lapor majalah Arabian Business. 

Kru juruterbang dan pasukan darat kini mempunyai pilihan untuk memilih pakaian seragam yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Vivienne Westwood tanpa mengira jantina. Ini bermakna pekerja lelaki kini dibenar untuk memakai skirt.

“Dasar itu berkuat kuasa hari ini (kelmarin), memperjuangkan keperibadian kakitangan Virgin Atlantic dengan membolehkan mereka memakai pakaian yang menampilkan cara mereka dikenali atau menampilkan diri,” demikian menurut pengumuman berkenaan.

Selain dasar baharu itu, kemas kini berkaitan pengenalan kata ganti nama untuk jantina tambahan juga dikuatkuasa.

Sistem tiket akan membolehkan setiap pemegang pasport menggunakan kod jantina neutral dan kata ganti nama diri mereka. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI