fbpx

Bajet 2023: Gaji Tambahan Khas Penjawat Awam naik RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM1,600 mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM80 pada setiap bulan April.

“Bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 bermula pada bulan Januari 2023.

“Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,780dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya,” katanya semasa pembentangan Bajet 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI