fbpx

Menantuku rupanya bekas kekasihku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mentua pengantin lelaki menutup muka dengan sampul duit kerana enggan bertentangan mata dengan bekas kekasihnya itu. - eva.vn

BEIJING – Satu rakaman video sebuah majlis perkahwinan di wilayah Shandong, China menjadi tular di media sosial apabila pengantin lelaki rupa-rupanya bekas kekasih ibu mentuanya sendiri, lapor laman berita eva.vn, semalam.

Perkara tersebut terbongkar semasa upacara minum teh iaitu  salah satu tradisi di mana pasangan baru berkahwin akan menawarkan minuman tersebut kepada ibu bapa pengantin perempuan.

Ibu mentua pengantin lelaki kelihatan menutup muka dengan sampul berisi duit raya angpao apabila menantunya melutut dan menawarkan secawan teh.

Ini bagi mengelakkan dia bertentang mata atau memandang terus ke arah wajah menantunya dengan lelaki itu juga bersikap sedikit kekok.

Difahamkan bahawa ibu mentua dan menantu itu pernah bercinta tetapi putus di tengah jalan.

Ibu mentua itu adalah ibu tiri kepada pengantin perempuan dan mengahwini suami yang jauh lebih berusia.

Reaksi kedua-dua bekas kekasih ini menuai pelbagai komen daripada netizen yang mengatakan ia adalah hukum karma.

“Babak ini lebih bagus berbanding drama televisyen,” komen seorang pengguna media sosial.

“Semoga mereka boleh belajar hidup dengan status berbeza sekarang,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI