PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM36.1 bilion untuk Kementerian Kesihatan menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM4.9 bilion adalah untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12 peratus berbanding tahun 2022.
“Sebanyak RM1.8 bilion peruntukan bagi membina hospital, klinik dan fasiliti baru, serta untuk perolehan peralatan perubatan.
“RM420 juta membaiki hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang,” katanya. – KOSMO! ONLINE