fbpx

Dua lelaki mengaku salah lastik warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Roslan Abdullah,18 (kiri) dan Muhammad Aziman Peli,25, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bachok hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan melastik seorang warga emas minggu lalu.

BACHOK – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini masing-masing atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan dengan melastik seorang warga emas minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohammad Roslan Abdullah,18 dan Muhammad Aziman Peli,25, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan cara melastik pada bahagian tangan kirinya.

Kesalahan itu dilakukan oleh kedua-dua tertuduh di persimpangan jalan di Kampung Banggol Pauh di sini kira-kira pukul 8.10 malam pada Khamis minggu lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz dan Hafilah Hamzah

Mohd. Dinie Shazwan memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir ke rumah keluarga Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial.

Mahkamah menetapkan 5 November depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI