PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM1.2 bilion untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM1.1 bilion untuk selenggara dan membaik pulih sekolah.
“Sementara itu, kerajaan turut memperuntukkan RM3.8 bilion untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan,” katanya semasa pembentangan Bajet 2023 hari ini. – KOSMO! ONLINE