fbpx

Pemilik rumah degil punca sampah bertimbun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi Baharin

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Sikap tidak peduli termasuk tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa menyebabkan pemilik sebuah kediaman di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini sanggup membiarkan persekitaran rumahnya dipenuhi timbunan sampah-sarap sehingga menimbulkan keadaan kurang selesa pada kejiranan di situ.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak 10 aduan diterima pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak tiga tahun lalu daripada penduduk setempat termasuk yang dihantar menerusi WhatsApp.

Menurut beliau, susulan aduan itu dua tindakan pembersihan telah dijalankan pihak MBI termasuk satu yang dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman yang merupakan pesara guru itu.

“Tindakan pemilik rumah itu yang tidak peka dengan arahan kita apabila mengutip dan mengumpul barang-barang kitar semula termasuk sampah-sarap sehingga memenuihi pekarangan dan halaman telah menimbulkan masalah.

“Kita juga telah mengeluarkan enam notis mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan kacau ganggu kepada pemiliknya supaya membersihkan kawasan rumah dan satu notis kompaun sebanyak RM250,” ujarnya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Semalam Kosmo! melaporkan, hobi pelik seorang warga emas yang juga pesara guru menghuni rumah dipenuhi timbunan sampah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jiran.

Sementara itu tambah Rumaizi, satu tindakan mahkamah juga akan diambil terhadap pemilik rumah itu bagi membersihkan sampah-sarap di luar rumahnya.

“Bagaimanapun, sampah-sarap di dalam kawasan rumah adalah menjadi tanggungjawab pemilik kediaman untuk dibersihkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI