fbpx

Mesyuarat Kabinet bincang macam-macam – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri meninggalkan bangunan Perdana Putra menuju ke Parlimen bagi pembentangan Bajet 2023.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh beliau hari ini berlangsung seperti biasa.

Ismail Sabri berkata, menerusi menyuarat berkenaan juga pelbagai isu berkaitan telah dibincangkan.

“Dalam Mesyuarat Kabinet hari ini, (kita) bincang macam-macam isu,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di hadapan pintu protokol bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Mengulas tentang pembentangan Bajet 2023 sebentar lagi, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau hanya akan memberikan ulasan mengenainya selepas ia selesai dibentangkan.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna putih yang membawa beliau kemudiannya meninggalkan bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 2.55 petang tadi menuju ke Dewan Rakyat bagi menghadiri sesi pembentangan Bajet 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI