PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen bagi Pembentangan Bajet 2023 pukul 2.30 petang tadi.
Tengku Zafrul mengenakan baju Melayu berwarna turqoise (biru firus) lengkap dengan samping sambil memegang beg sampul hitam dengan tenunan yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2023.
Turut mengiringi Tengku Zafrul ke Parlimen ialah kedua-dua Timbalannya, Mohd. Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa. – KOSMO! ONLINE