fbpx

[VIDEO] MPV potong ‘double line’, langgar lampu isyarat dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dikesan melakukan kesalahan di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin.

REMBAU – Polis sedang mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dikesan melakukan kesalahan trafik di persimpangan lampu isyarat Kompleks Pentadbiran Daerah Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan satu video tular pada Facebook Komuniti Setempat Rembau Macam-Macam Ado sekitar pukul 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, dalam video tular itu, kenderaan MPV berkenaan datang dari arah Seremban menghala ke Tampin.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, kenderaan tersebut telah memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan seterusnya bergerak dalam keadaan lampu isyarat masih merah.

“Bahagian siasatan Dan penguatkuasaan trafik IPD Rembau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Kaedah 17 LN 167/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hazri berkata, setakat ini, pemandu yang menularkan video berkenaan telah diambil keterangan dan usaha mengesan pemandu Perodua Alza itu sedang dijalankan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi seminit sebuah kenderaan Perodua Alza memandu secara melulu serta melakukan kesalahan trafik.

Lebih mengejutkan, pada durasi ke-26 saat, penumpang hadapan iaitu seorang wanita telah membuka tingkap dan mengeluarkan perkataan tidak wajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI