fbpx

Ustaz, jangan salah guna kepercayaan masyarakat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemimpin agama atau golongan ustaz disaran supaya tidak menyalahgunakan kepercayaan masyarakat dengan memberi nasihat kesihatan yang salah.

Menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia (PHM), tindakan tersebut boleh menyebabkan kesan negatif kepada pengguna dan bertentangan dengan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan ) 1956.

“Golongan ini ada kelebihan kerana memiliki tahap kepercayaan yang tinggi di kalangan masyarakat. Jika bukan ustaz, siapa lagi yang boleh dipercayai?

Katanya, makanan tambahan mungkin ada khasiat dan manfaat kepada kesihatan tetapi ia bukan untuk digunakan dalam rawatan penyakit tertentu.

“Mencairkan kolesterol, merawat penyakit darah tinggi, kecing manis dan merawat saluran jantung yang tersumbat, itu antara promosi yang digunakan. Diungkapkan dengan bersungguh-sungguh oleh penceramah bebas berkenaan!

“Bermacam supplement datang dan pergi di pasaran menjanjikan pelbagai manfaat. Akhirnya hilang lenyap selepas ‘hype’ berakhir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI