fbpx

UiTM akui terima laporan, minta rujuk universiti sebelum kena ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sazili (empat dari kanan) melepaskan peserta Amazing Race sempena Hari Sukan Negara 2022 di Kompleks Sukan UiTM hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengesahkan menerima laporan daripada pelajar dan ibu bapa yang menjadi mangsa ‘scammer’ rumah sewa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi berkata, ini terjadi disebabkan pelajar yang terdesak untuk mendapatkan tempat tinggal secara terburu-buru tanpa membuat semakan kesahihan tawaran tersebut.

Katanya, pelajar dinasihatkan untuk merujuk Bahagian Pelajar Luar Kampus (Non-Resident) bagi membuat pengesahan iklan tawaran menyewa rumah di sekitar kampus terbabit.

“Kita ada menerima laporan pelajar kita dan golongan ibu bapa yang tertipu oleh iklan ‘scammer’ hingga melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Jadi, kita berharap merujuk Bahagian Pelajar Luar Kampus (Non-Resident) terlebih dahulu supaya tidak terjebak dengan perangkap ‘scammer’,” katanya selepas merasmikan Hari Negara 2022 Peringkat UiTM di Kompleks Sukan UiTM di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara spesifik jumlah laporan dan kerugian dialami akibat kes penipuan tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kes penipuan rumah sewa terus berleluasa apabila ‘scammer’ menjadikan musim kemasukan pelajar universiti ke semester baharu sebagai lubuk bagi mereka mengaut keuntungan dengan memperdaya golongan itu hingga mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Setakat ini, penipuan berlaku kepada pelajar tahun kedua ke atas dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu dan UiTM yang terdesak mendapatkan rumah sewa sebelum kelas bermula hingga melibatkan kerugian lebih RM30,000.

Jelas Mohd. Sazili, walaupun kes penipuan tawaran sewa di UiTM masih terkawal, namun beliau berharap pelajar yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman untuk berhubung dengan rakan senior mereka yang tidak tinggal di sesebuah rumah sewa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI