fbpx

Ford Ranger Raptor kini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Turse (dua dari kanan) ketika majlis pelancaran Ford Ranger Raptor di Litar Antarabangsa Sepang.

SEPANG – Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah memperkenalkan secara rasminya memperkenalkan Ranger Raptor generasi baharu di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Menurut Pengarah Urusannya, Turse Zuhair, model itu yang disuntik dengan DNA Ford Performance, Ranger Raptor generasi kedua ini meletakkan tanda aras baharu sekali lagi bagi kenderaan prestasi berkelajuan tinggi yang dibangunkan untuk pencinta cabaran ‘off-road’.

Katanya, model itu juga untuk pelanggan yang mahukan teknologi termaju yang ditawarkan untuk sebuah Ranger.

“Dengan teknologi lebih pintar mengawal perkakasan generasi baharu yang lebih tangkas ini, Ranger Raptor mempertemukan kuasa tinggi dengan ketepatan mekanikal serta teknikal untuk menghasilkan sebuah Ranger termaju.

“Kami memberi tumpuan terhadap prestasi sebenar kenderaan melalui Ranger Raptor
generasi baharu, yang mana pelanggan boleh menikmatinya terus tanpa sebarang modifikasi,” katanya.

Tambahnya, tampil lebih menarik dan padat dengan ciri baharu dengan kemampuan ekstrim yang tidak ditawarkan pada model sebelum ini.

Model itu menggunakan enjin 3.0 liter petrol V6 turbo berkembar baharu yang ditala oleh Ford Performance bagi menawarkan kuasa sehingga 397 pada 5,650 rpm dan 583 Nm tork pada 3,500 rpm.

Enjin digandingkan bersama transmisi automatik sepuluh kelajuan Ford yang dipercayai, dengan nisbah gear yang khusus untuk enjin berkenaan.

Ford Ranger Raptor ditawarkan pada harga RM259,888 atas jalan tanpa insurans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN