fbpx

Maulidur Rasul disambut di WTCKL Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WTCKL. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H bersamaan 2022M akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk berangkat hadir ke majlis tersebut.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri juga akan hadir bagi memeriahkan acara sambutan.

“Tema sambutan kali ini ialah ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ iaitu sangat relevan dan bertepan dengan aspirasi Keluarga Malaysia gagasan Perdana Menteri

“Sambutan Maulidur Rasul SAW adalah salah satu acara rasmi kerajaan yang disambut setiap tahun sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.

“Sambutan bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, acara perarakan yang menjadi acara lazim sambutan pada setiap tahun, tidak diadakan pada tahun ini.

Hakimah berkata, seperti kelaziman, sambutan kali ini juga akan menobatkan seorang penerima Anugerah Perdana dan enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW.

Menurutnya, anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu-individu yang layak dan telah memberi sumbangan yang cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negara.

“Penerima anugerah dipilih berdasarkan jasa dalam bidang kepakaran masing-masing yang telah disumbang kepada pembangunan Islam di negara ini,” katanya.

Katanya, beberapa kelainan dibawa sempena sambutan kali ini termasuk persembahan seni media pemetaan cahaya (mapping) pada latar pentas (astaka), yang akan memaparkan tayangan grafik yang berinteraksi dengan fasad latar pentas (astaka).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI