PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 12:36 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.5 skala Richter.
“Kejadian gempa itu berlaku di 27.5 darjah utara dan 126.9 darjah timur.
“Pusat gempa bumi itu terletak di 160 kilometer (km) Barat Laut dari Naha dengan kedalaman 194km,” katanya.
Bagaimanapun, susulan kejadian gempa bumi itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE