fbpx

Cuaca buruk hampir seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat serta angin kencang yang berpontensi melanda hampir seluruh negara ketika ini.

MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri utara

Selain itu, turut berisko adalah Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Pekan) dan hampir kesemua kawasan Lembah Klang seperti Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan Jelebu, Negeri Sembilan.

“Di Sarawak, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Hujan lebat, ribut petir juga dilaporkan sekitar Sabah, antaranya Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia meramalkan cuaca buruk tersebut mampu berlarutan sehingga lewat petang nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI