PETALING JAYA – Gempa bumi lemah berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 4.31 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalysia) dalam satu kenyataan berkata, gegaran gempa bumi pada 4.6 skala Richter itu turut dirasai di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Pusat gempa bumi berada pada 2.7 darjah Utara dan 99.8 darjah Timur dengan jarak 165 kilometer Barat Daya dari Sabak Bernam, Selangor dengan kedalaman 41 kilometer (km),” katanya di Facebook hari ini.
Sehubungan itu, MetMalaysia memaklumkan, pihaknya akan terus memantau dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE