fbpx

EPL: Darwin Nunez akui hadapi masalah bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ mengakui isu bahasa menjadi penghalang untuk dia memahami kemahuan sebenar Klopp pada setiap aksi. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Darwin Nunez mendedahkan bahawa dia berdepan masalah untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp ekoran masalah kekangan bahasa.

Pemain termahal The Reds itu masih gagal untuk mempamerkan potensi sebenar apabila hanya menjaringkan satu gol pada aksi Liga Perdana Inggeris setakat ini selain penggantungan tiga perlawanan akibat kad merah merosakkan debutnya bersama pasukan itu.

Dia juga gagal untuk mendapatkan jaringan dalam lima aksi selepas penggantungan itu dan mengakui bahawa isu bahasa menyebabkan dia gagal untuk memahami kehendak Klopp.

“Secara jujurnya, saya tidak memahami apa yang dikatakan oleh Klopp. Sudah tentu saya bertanya kepada rakan sepasukan untuk mendapatkan penjelasan apa yang beliau inginkan.

“Cuma, apa yang saya tahu, Klopp mempunyai gaya permai­nan yang jelas. Beliau mahu kami beraksi dengan mudah, tidak takut dan turun dengan keyakinan dalam perlawanan. Apabila kami hilang bola, semua pemain bertanggungjawab untuk memberikan tekanan,” katanya.

Dalam pada itu, Nunez turut mengakui dia menerima pe­ngajaran yang bermakna ketika melakukan kesilapan sehingga dilayangkan kad merah pada aksi menentang Crystal Palace sebelum ini dan berjanji untuk lebih bijak mengawal emosi.

“Ia adalah tempoh yang sukar. Saya digantung tiga perlawanan dan saya tahu bahawa itu adalah satu kesilapan yang tidak akan saya ulanginya lagi.

“Saya perlu tenang mengawal emosi ketika beraksi dan tidak banyak bercakap. Semua orang melakukan kesilapan, tetapi ini adalah pengalaman dan pengajaran penting untuk saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI