fbpx

UCL: Potter pilih puji aksi dipamer James

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMES meledak satu gol untuk Chelsea ketika menewaskan Milan di Stamford Bridge awal pagi semalam. – FB Chelsea

LONDON – Pengendali Chelsea, Graham Potter berpendapat pemain pertahanannya, Reece James mampu untuk menjadi legenda The Blues ketika tampil cemerlang untuk bantu pasukan raih kemena­ngan 3-0 ke atas AC Milan pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Pemain pertahanan itu mempamerkan reaksi cukup luar biasa ketika melakukan tugasan bertahan selain bintang antarabangsa England ini juga turut menyumbangkan gol ketiga The Blues.

“Dia seorang pemain hebat dan bintang muda yang sedang berkembang untuk menjadi lebih baik. Saya begitu teruja dan gembira untuk bekerja bersama-sama dengannya.

“Jadi, saya akan cuba membantu dia mencapai potensi kerana seluruh pasukan begitu menyenanginya. Dia mampu menjadi legenda Chelsea, te­tapi untuk memastikan semua itu jadi realiti, dia perlu menjadi sebahagian daripada kejayaan pasukan,” katanya.

Pierre-Emerick Aubame­yang dan Wesley Fofana turut mencipta nama selaku penjaring buat Chelsea, namun kemena­ngan itu terpaksa dibayar de­ngan harga yang mahal selepas mereka dipalit isu kecederaan.

Fofana yang meledak gol pembukaan Chelsea me­nga­lami kecederaan sekaligus ia menjadi berita kurang baik buat Potter yang turut mengesahkan bekas bintang Leicester City bakal menjalani ujian imbasan.

“Kami sedar mengenai situ­asi ini dan berharap yang terbaik buat Fofana. Selain itu, saya gembira dengan sikap pemain terbuka, bertanggungjawab dan melakukan tugas dengan baik

“Ini adalah kemenangan penting, namun perjalanan kami dalam pertandingan ini masih lagi jauh. Kini kami tidak sabar untuk berkunjung ke San Siro dan sudah pasti ia bakal beri cabaran hebat buat kami,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI