fbpx

Sultan Johor titah jangan ambil mudah peningkatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengingatkan rakyat tidak mengambil mudah peningkatan kes-kes baharu Covid-19 di seluruh negara pada masa kini.

Baginda bertitah, sekiranya orang ramai masih ingkar untuk mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini, maka penularan wabak berkenaan tidak dapat dibendung.

“Walaupun pasukan barisan hadapan bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka, namun kita juga perlu berganding bahu untuk memutuskan rantaian jangkitan ini.

“Jangan kita leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan, seharusnya bersama-sama patuhi SOP yang telah ditetapkan,” titah Sultan Johor.

Tuanku bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) pada hari ini.

Sultan Johor bertitah, kegagalan mematuhi SOP akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes secara mendadak.

“Kita perlu ingat jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, sudah tentunya ia akan memberi pelbagai implikasi kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

“Saya pasti rakyat tidak mahu keadaan ini berlaku, oleh demikian jangan pandang ringan perkara ini sebaliknya sentiasa patuh pada SOP,” titah Baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI