fbpx

PRU-15: P. Pinang kekal ikut keputusan PH Pusat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow pada sidang akhbar di Komtar, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri kekal dengan pendirian untuk mengikut keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pusat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sebarang keputusan terkini mengenai pembubaran DUN Pulau Pinang akan kekal selari dengan keputusan PH Pusat.

”Seperti Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan, saya telah sampaikan pandangan kepada pucuk pimpinan PH, sama seperti yang diumumkan.

”Oleh itu, kita akan mengikut keputusan terkini seperti yang diumumkan PH,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada negeri pimpinan PH takut untuk membubarkan DUN kerana rekod kekalahan sebelum ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti di Melaka dan Johor, Kon Yeow berkata, keputusan berkaitan perkara itu hanya akan diketahui jika PRU-15 diadakan.. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI