fbpx

Tukang masak ditemui mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Poh ditemui mati di dalam kereta Proton Wira di kawasan luar pagar rumahnya di Taman Sungai Lalang, Bedong pada semalam.

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seorang tukang masak ditemui mati di dalam kereta dalam keadaan enjin dimatikan di kawasan luar pagar rumahnya di Taman Sungai Lalang, Bedong dekat sini semalam.

Mangsa, Lim Tian Poh, 52, ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring dengan mengiring ke kanan di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira miliknya kira-kira pukul 4 petang.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran mangsa yang kemudian melaporkannya kepada pihak hospital dan polis.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.15 petang.

Katanya, anak mangsa memaklumkan bahawa bapanya keluar dari rumah kira-kira pukul 10.30 malam, Isnin lalu untuk minum bersama rakannya.

“Mangsa dikatakan mabuk dan salah seorang rakan menghantarnya pulang ke rumah, bagaimanapun mangsa tidak masuk ke dalam rumah, sebaliknya hanya tidur di dalam kereta,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anak mangsa yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi semalam melihat bapanya itu tidur di dalam kereta lalu mengejutkannya.

“Mangsa pada ketika itu masih hidup dan memberitahu anaknya bahawa dia mahu berehat di dalam kereta sebelum anaknya terus ke tempat kerjanya di Sungai Petani,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke HSAH untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI