fbpx

Gajah naik bukit mungkin petanda bencana alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan gajah yang mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing, Gua Musang baru-baru ini. FOTO MEDIA SOSIAL

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di sini mempercayai kejadian gajah mendaki bukit di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing di sini beberapa hari lalu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Seorang penduduk Orang Asli, Pelinejon Assut, 38, mengikut kepercayaan masyarakat Orang Asli zaman dahulu, mereka menjadikan haiwan sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini.

“Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi, ” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan sekumpulan gajah yang mendaki dan berada di atas bukit di Simpang Kuala Betis ke Lojing, Gua Musang.

Kebanyakan pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu berhenti dan merakamkan video apabila melihat gajah-gajah tersebut berada jelas di hadapan mata mereka di kawasan bukit itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI