fbpx

122 insiden lubang besar di jalan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 122 insiden lubang besar (sinkhole) pada permukaan jalan Persekutuan dilaporkan berlaku di seluruh negara setakat Oktober tahun ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu sama banyak insiden lubang besar pada permukaan jalan Persekutuan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

“Cabaran kita sekarang tidak kira jalan Persekutuan, negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT), banyak paip air atau utiliti di bawah jalan lama. Jalan baharu kita sudah tidak benarkan utiliti (dibina) di bawah jalan.

“Paip lama guna “steel” boleh berkarat dan sebagainya, maka kejadian paip pecah yang menyebabkan jalan mendap dan ini yang berlaku,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Fadillah berkata, Kementerian Kerja Raya telah meminta peruntukan khusus untuk mengalihkan utiliti di bawah jalan lama dan digantikan dengan teknologi baharu pada tahun depan.

Ujar beliau, dibawah Akta Jalan Persekutuan 1959, bidang kuasa kementerian itu hanya bagi jalan Persekutuan, maka setiap negeri atau PBT disaran mengambil tindakan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI