fbpx

Sindiket tipu jual tanah tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mengesan terdapat cubaan penipuan urusniaga tanah dengan memperdaya orang ramai menggunakan nama agensi tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor dan nama Menteri Besar Selangor.

PTGS berkata, modus operandi yang digunakan ialah dengan penyamaran sebagai orang yang dilantik berurusan dengan PTGS dan mana-mana PDT.

“Pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan telah memalsukan tandatangan pada notis tersebut.

“Terdapat juga pihak yang menggunakan nama pegawai-pegawai kanan dan tertinggi PTGS dan PDT yang masih berkhidmat mahupun telah berpencen dengan memberikan maklumat dan janji-janji palsu bagi urusan jual beli tanah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PTGS menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik pernah melantik mana-mana individu mewakilinya bagi sebarang urusan urusniaga hartanah.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat bagi kes-kes yang telah dikenalpasti agar tindakan tegas boleh diambil bagi sebarang penipuan jenayah ini.

“Justeru, pembeli yang berhasrat untuk memiliki hartanah dinasihatkan berhati-hati termasuk memastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah, semakan berkaitan pemilikan atau kebenaran hak milik serta cagaran atau gadaian dan wujud penjanjian jual beli.

“Orang ramai juga diharapkan lebih berwaspada kerana kebanyakan mangsa penipuan ini melibatkan jumlah kerugian kewangan yang besar dan agar sukar mendapatkan kembali wang sekiranya telah menjadi mangsa,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI