fbpx

AS mulakan misi ketenteraan di Atlantik, kerah kapal perang termahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal perang ini dalam misi keamanan di Lautan Atlantik selepas pembaharuan perjanjian AS dengan negara-negara di sana. - US Navy

WASHINGTON – Salah sebuah kapal perang paling mahal yang pernah dibina di dunia milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$13 bilion (RM60 bilion) memulakan pelayaran bagi misi ketenteraan pertamanya ke Lautan Atlantik, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kapal USS Gerald R Ford yang dilengkapi dengan reaktor nuklear dan jet pejuang itu memulakan pelayaran dari negeri Virginia dan menuju ke Lautan Atlantik.

Kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia itu juga akan membawa 9,000 anggota tentera dari pasukan serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ia dikuasakan oleh dua reaktor nuklear serta boleh membawa lebih 70 pesawat termasuk helikopter dan jet.

Kerahan askar ke Lautan Atlantik itu akan melibatkan sembilan negara anggota NATO termasuk AS, Kanada, Finland, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

Komander Armada Ke-2 AS, Naib Laksamana Dan Dwyer berkata, matlamat utama menuju ke Atlantik adalah untuk menubuhkan kawasan perairan yang aman, stabil dan bebas konflik di kawasan kepentingan strategik tersebut. 

“Kerahan askar di atas kapal induk USS Gerald R Ford adalah perkembangan terkini susulan komitmen AS yang diperbaharui bersama negara-negara Atlantik,” jelas Dwyer.

Kapal itu dinamakan sempena Presiden AS ke-38, Gerald Ford, yang berkhidmat dengan tentera laut Perang Dunia Kedua. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI