fbpx

2 lelaki ditahan kes cemarkan sungai Batang Benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dirakam dron menunjukkan sebuah kilang angsa haram di Pajam, Nilai yang disyaki melepaskan sisa buangan ke sungai Batang Benar hingga menyebabkan pencemaran.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pencemaran sungai Batang Benar di Nilai, Negeri Sembilan ditahan di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua lelaki yang ditahan itu berusia 20-an dan 30-an.

“Pihak polis telah membawa kedua-dua suspek dari Kota Bharu ke Negeri Sembilan untuk disoal siasat.

“Kita belum ada butiran lanjut kerana siasatan masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Portal dan Aplikasi Semak Mule (keldai akaun).

Kosmo! semalam melaporkan polis Negeri Sem­bilan sudah mengenal pasti sus­pek yang membuang sisa buan­gan hingga mencemarkan sungai Batang Benar di Nilai dekat sini dan yakin individu berkenaan dapat ditangkap tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komi­sioner Che Zakaria Othman berkata, pegawainya kini berada di sebuah negeri tempat suspek tinggal dan yakin individu itu da­ pat ditangkap seterusnya didak­wa di mahkamah.

“Selepas menerima laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengenai insiden ini, kami membuka kertas siasa­ tan dan seterusnya memburu suspek yang disyaki terbabit mencemarkan sungai Batang Be­ nar ini.

“Kes disia­sat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan tali air atau sungai,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI