fbpx

Harrif Saleh ‘kempunan’ kemenangan Tour de Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIF terpaksa berpuas hati menamatkan podium tempat kedua apabila dipintas pelumba Belanda, Raymond Kreder dari Team UKYO pada saat-saat akhir pada Tour de Taiwan semalam.

CUBAAN kedua pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohamed Harrif Saleh untuk mencari kemenangan pertama ketika bersaing pada Tour de Taiwan sekali lagi tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat kedua semalam.

Harrif yang melakukan henjutan pada 100 meter (m) terakhir untuk mencari kemenangan pada perlumbaan peringkat keempat berputih mata apabila dipintas pelumba Belanda, Raymond Kreder dari Team UKYO pada saat-saat akhir.

Pelumba kelahiran Terengganu tersebut terpaksa berpuas hati menamatkan podium tempat kedua selepas melintasi garisan penamat menerusi catatan tiga jam 37 minit 32 saat.

Sebagai rekod, ini adalah podium kedua Harrif pada Tour de Taiwan selepas menamatkan peringkat pertama di tempat kedua.

“Hari ini sangat baik tetapi pada 10 kilometer (km) terakhir, kaki saya mula mengalami kejang otot. Tetapi saya tidak berputus asa dan cuba lakukan terbaik. Terima kasih kepada rakan sepasukan banyak membantu saya pada hari ini. Rakan saya, Youcef Reguigui banyak bantu saya pada 1km terakhir.

“Pada 200m terakhir saya cuba lakukan pecutan dan Alhamdulilah rezeki dapat tempat kedua. Sikit saja lagi nak dapat tempat pertama. Tetapi tak apalah, kita sudah cuba buat terbaik,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Sebagai rekod, Tour de Taiwan memiliki enam peringkat perlumbaan yang bermula 2 Oktober lalu dan dijadualkan tamat di Dapeng Bay pada 6 Oktober ini dengan jarak keseluruhan sejauh 668.59km. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI