fbpx

Jentera serangan Tottenham Hotspur terus tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kanan) mendapat beberapa peluang terbaik, namun gagal disudahkan ketika terikat tanpa jaringan menentang Frankfurt awal pagi semalam. – AFP

FRANKFURT – Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte mengkritik ketumpulan jentera serangan pasukan selepas gagal menyudahkan peluang terhidang ketika seri tanpa jaringan bertemu Eintracht Frankfurt pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, dua pe­nyerang sensasi Spurs, Harry Kane dan Son Heung-min mensia-siakan banyak peluang keemasan untuk membantu pasukan mengutip tiga mata berharga, tetapi gagal berbuat demikian.

Kata Conte, semua pemain te­lah memberi yang terbaik selain tidak mempunyai masalah untuk mengikut corak taktikal yang di­terapkan, tetapi isu utama ketika ini adalah ketumpulan dari segi penyudah yang sedikit merisaukan.

“Daripada sudut taktikal atau strategi, ia bukan isu utama ke­rana aksi yang ditampilkan cukup positif dan bertenaga de­ngan pasukan berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan tanpa membuka ruang buat pa­sukan lawan.

“Dalam masa yang sama, masih ada ruang yang perlu diperbaiki khususnya dari aspek penyudah kerana kita boleh menang perlawanan ini dengan mudah andai pemain menggunakan peluang yang ada,” katanya.

Pandangan yang sama disua­rakan oleh pemain tengah Spurs, Pierre-Emile Hojbjerg yang mahu rakan-rakan sepasukan kembali fokus sekiranya berhasrat untuk mara ke peringkat kalah mati nanti.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam kalangan pemain, tetapi aspek serangan ketika ini perlu diperbaiki kerana kita berjaya mencipta peluang tetapi gagal disudahkan dengan baik dan situasi tersebut sering menghukum pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI