fbpx

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 lindungi B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy berucap pada Majlis Pelancaran Portal KKMNow di Kementerian Kesihatan, Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tujuan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 digubal adalah bagi melindungi rakyat negara ini terutama dalam kalangan B40 daripada terus menjadi mangsa syarikat tembakau.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati golongan B40 paling ramai terkesan akibat penggunaan tembakau berbanding kelompok lain.

Katanya, majoriti rakyat yang mengalami komplikasi akibat rokok seperti sakit jantung, kanser dan penyakit paru-paru adalah golongan B40.

“Golongan B40 menjadi kumpulan sasaran bagi syarikat tembakau. Adalah tidak masuk akal, kerajaan mahu menyusahkan mereka.

“Kerajaan sebenarnya mahu melindungi kumpulan ini daripada syarikat pembunuh ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Portal KKMNOW Kementerian Kesihatan di sini tadi.

Khairy berkata, tuduhan mengatakan RUU itu akan menjenayahkan kanak-kanak adalah mengelirukan rakyat sedangkan kompaun kepada bukan orang dewasa memang wujud dalam peraturan sedia ada.

Katanya, RUU ini bukan untuk mendaftarkan kanak-kanak sebagai penjenayah kerana ia adalah kes saman dan tidak masuk penjara.

“Malah, tiada pun hukuman penjara bagi orang bukan dewasa ataupun RUU baharu yang lahir selepas itu. Ia tidak ada kes jenayah, semua adalah kes saman kes.

“Seperti contoh, jika seorang kanak-kanak ditahan kerana membeli rokok, dia hanya akan disaman RM50 dan tiada rekod, malah jumlah saman itu boleh dibayar dan tidak perlu ke mahkamah dan ia sama juga dengan RUU yang baharu ini,” katanya.

Beliau berkata, RUU ini melalui pelbagai proses perbincangan melalui jawatankuasa khas yang dianggotai ahli dari semua parti politik utama.

Katanya, semua parti seperti Amanah, DAP dan PKR juga bersetuju dengan pindaan itu.

“Bagaimanapun, saya difahamkan memorandum itu diserahkan oleh seorang individu yang mewakili satu kumpulan atau organisasi yang difahamkan ada berita mengatakan ia ditaja syarikat tembakan.

“Perlu ingat, kita perlu betul-betul bebaskan diri daripada sebarang kepentingan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI