fbpx

Fouziah Gous pertahankan gelaran Datuk suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOUZIAH GOUS

PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan Datin Fouziah Gous menafikan dakwaan mengatakan pangkat dan gelaran yang diberikan kepadanya dan suami, Datuk Zhafran Md. Yusof sebagai palsu.

Tampil mempertahankan kesahihan kurniaan tersebut, Fouziah, 38, bertegas, gelaran kebesaran tersebut diterima daripada pihak istana sebuah negeri sekitar tahun 2016.

Katanya, dia dakwaan tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan dia mempunyai segala bukti berkaitan seperti watikah pelantikan yang membawa gelaran Datuk kepada suaminya.

“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.

“Sekiranya tidak tersenarai, kenapa perlu nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu mengapa perkara tersebut terjadi tetapi takkan nak terus terjah sebab semuanya perlu dilakukan secara beradab,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Pelakon drama Cinta Medik itu meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya untuk menyemak perkara tersebut dengan pihak bertanggungjawab.

Ditemui usai program Bicara Inspirasi Nona, Fouziah juga menambah, sekiranya pingat kebesaran tersebut adalah palsu tidak mungkin gelaran mereka boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit sebab zaman sekarang kita tak boleh kongsi banyak benda kerana ramai suka manipulasi.

“Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih,” ujarnya.

Tegasnya lagi, pangkat tersebut juga dimiliki bukan kerana mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki sudah sedia bergelar datuk.

“Saya bukan mendirikan rumah tangga dengan sugar daddy dan berkahwin dengan orang yang sama-sama mencari duit.

“Kami sama-sama saling membantu mencari apa yang kami impikan,” katanya lagi.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu dibangkitkan netizen terhadap ahli perniagaan popular, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman juga suami kepada penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi sehingga tular dah mendapat liputan beberapa portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus susulan perkongsian individu dalam Facebook yang mempertikaikan gelaran Datuk Seri dimiliki Mahadi kerana tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Rentetan daripada itu, nama suami Fouziah dan Datin Paduka Eina Azman turut terpalit dalam isu tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI