fbpx

1,111 anggota JBPM dan bomba bantuan siap sedia Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR HISHAM Mohamad (dua dari kiri) mengiringi ADUN Muadzam Shah, Ir. Razali Kassim (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada anggota terlibat dalam kursus Survival Storm pada majlis penutupan Kursus Survival Pasukan Khas STORM di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seramai 1,111 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang termasuk bomba bantuan bersiap sedia bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, selain itu sebanyak 51 buah logistik marin juga telah bersiap siaga dan berada dalam keadaan baik.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan 553 kawasan panas seluruh negeri ini namun keadaan sebenar agak sukar dijangka berdasarkan pengalaman lepas di mana ada kawasan yang dijangka banjir tidak berlaku banjir.

“Namun dari segi logistik dan perjawatan bomba kita telah bersiap sedia dan sentiasa mengambil langkah waspada,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penutupan Kursus Survival Pasukan Khas STORM di perkarangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di sini, hari ini.

Menurutnya dalam menghadapi monsun timur laut juga JBPM Pahang juga telah mula melakukan gerakan dengan mengehadkan cuti kepada 20 peratus anggota sahaja pada masa ini.

“Cuti dihadkan kepada 20 peratus anggota sahaja dan jika berlaku banjir, kesemua cuti akan dibekukan dan sekiranya ada anggota yang sedang bercuti, mereka akan dipanggil bertugas semula. Tiada yang dibenarkan bercuti jika berlaku banjir,” katanya.

Tambahnya lagi, JBPM juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia0 dan JPS selain turut mendapatkan kerjasama dari persatuan radio amatur dan pasukan pacuan empat roda.

Jelas beliau pihaknya akan mendapatkan maklumat secara terus dari pihak MET dan JPS supaya JBPM dapat bertindak cepat sekiranya terdapat amaran berlakunya banjir di sesuatu kawasan.

“Untuk radio amatur pula, kerjasama penting sekiranya berlaku kejadian terputus hubungan seperti yang pernah berlaku sebelum ini di mana mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menghubungi ahli mereka yang berada di kawasan terjejas bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

“Bagi persatuan pacuan empat roda pula, kerjasama dijalankan bagi membantu dari segi penyediaan kenderaan yang boleh digunakan sekiranya laluan utama ke kawasan terjejas akibat tanah runtuh dan sebagainya dan perlu melalui laluan yang mencabar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI