fbpx

ManifestaSITI2020 raih Anugerah Emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA

Oleh NURFARHANA MOHAMED

KUALA LUMPUR – Sejak dilancarkan pada 3 Julai lalu, album ke-18 Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ManifestaSITI2020 kini mencatatkan jualan melebihi 5,000 unit.

Kejayaan tersebut sekali gus melayakkan penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu menerima Anugerah Emas daripada syarikat Universal Music Sdn. Bhd.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Siti memanjatkan kesyukuran dan berharap agar album fizikal tersebut masih mendapat tempat di hati peminat.

“Saya bersyukur kerana dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.

” Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan.

 

ALBUM ManifestaSITI2020 kini mencatatkan jualan melebihi 5,000 unit.

Album yang memuatkan 11 buah lagu tersebut turut memuatkan single Anta Permana yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Selain mendapatkan album ManifestaSITI2020 , penggemar muzik juga boleh menikmati album digital tersebut dalam platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer.

Album  berkenaan diterbitkan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia.

Dalam pada itu, September lalu, penyanyi berusia 41 tahun itu dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov, syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan daripada 9.6 juta ahli dari seluruh dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI