fbpx

Suka hati meludah boleh kena denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejak beberapa hari lalu telah tular video seorang selebriti meludah di atas pentas semasa membuat persembahan dalam sebuah konsert.

Rentetan video itu, peguam, Nor Zabetha turut berkongsi siaran mengenai kes berkenaan di laman muka bukunya dan mendedahkan terdapat beberapa kes meludah yang pelakunya telah dihadapkan serta didenda di mahkamah.

Zabetha berharap perkara seperti itu tidak menjadi ikutan masyarakat dan tidak menjadi ‘trend’ kerana perkara itu sangat tidak wajar dan boleh disabitkan kesalahan jika didapati bersalah.

“Pada Jun 2022, seorang lelaki yang videonya tular kerana meludah di Lebuhraya Karak dijatuhi hukuman denda RM400 di Mahkamah Selayang.

“Kesalahannya adalah ‘Public Nuisance’ dibawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Dengan jumlah denda sedemikian mungkin tiada masalah bagi segelintir untuk membayar tetapi isunya adalah pertuduhan, dakwaan dan rekod kes,” ujar Zabetha.

Kes video tular itu tidak seharusnya berlaku kerana bertentangan dengan adab budaya kita. Justeru, sebagai seorang selebriti dan ‘influencer’ seharusnya memberikan contoh yang baik buat masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI