fbpx

Anak bahagia walaupun dapat mainan dari tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mainan troli berwarna merah jambu yang diberikan seorang bapa kepada anaknya.

PETALING JAYA – Tiada apa yang diimpikan oleh seorang bapa selain melihat kebahagiaan anak-anak dan isterinya. 

Perkara itu jelas dilihat menerusi perkongsian klip video di laman sosial @abieaisymikhail apabila dia keluar mencari permainan untuk anak-anaknya di kawasan ‘tong sampah’. 

Lebih membanggakan, biarpun disifatkan kotor dan jijik, lelaki itu tetap tekad mencari dan tidak malu berbuat demikian. 

Video berdurasi 21 saat itu turut menunjukkan dia menjumpai mainan yang dicari iaitu sebuah troli kecil bewarna merah jambu.

Dia kemudian membawanya balik dan membasuh mainan itu sehingga bersih sebelum diberikan sebagai hadiah kepada anak-anaknya. 

“Tak kisah lah orang nak cakap apa, asalkan anak-anak aku ‘happy’ (gembira) dengan cara aku,” katanya. 

Susulan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan lelaki dan juga bapa itu kerana sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak. 

“Hebat pengorbanan seorang ayah,” ujar bocah.

“Saya biasa kutip mainan kat tong sampah. Anak-anak yatim saya gembira je dapat. Asalkan tidak mencuri,” luah Mekida. 

“Nak malu demi anak gembira itu adalah kebanggaan utk setiap lelaki yang bergelar bapa. Dia akan lakukan ape sahaja untuk lihat anak-anak die gembira,” kata Faz. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI