fbpx

Jemaah masjid, surau di Perak tak wajib pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Umat Islam di Perak tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di masjid dan surau di seluruh negeri ini berkuat kuasa semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kesemua jemaah masjid atau surau sebaliknya diberi pilihan sama ada mahu memakainya atau tidak.

“Ketetapan itu telah mendapat perkenan Sultan Perak dan selari dengan kelonggaran prosedur operasi standard ( SOP) pencegahan Covid-19.

“Bagaimanapun, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas serta kanak-kanak digalakkan memakai pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI