fbpx

UiTM FC layak Piala Malaysia tanpa pemain import, profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazili (tiga kanan) bersama dengan kontinjen UiTM Cawangan Selangor yang menjadi juara keseluruhan Karisma 2022.

SHAH ALAM – Kejayaan pasukan bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM), UiTM FC yang layak ke Piala Malaysia secara merit disifatkan satu pencapaian yang membanggakan.

Menurut Presiden UiTM FC, Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi, lebih manis apabila kejayaan itu dicapai dengan dibarisi seratus peratus pelajar UiTM tanpa pemain import mahu pun profesional.

“Tahun ini UiTM FC mencapai kecemerlangan apabila layak secara merit ke Piala Malaysia.

“Ia membuktikan UiTM FC yang diwakili pelajar-pelajar UiTM mampu mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan dan saya berharap pelajar kita mengecap kejayaan yang cemerlang,” katanya selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian Hadiah Karnival Sukan Mahasiswa (Karisma) UiTM di Pusat Sukan UiTM malam ini.

Terdahulu Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) minggu lalu mengumumkan, pasukan yang mewakili Liga Super ke Piala Malaysia ialah JDT FC, Sabah FC, Negeri Sembilan FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC, Kuala Lumpur City FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Petaling Jaya (PJ) City FC dan Penang FC.

Manakala, pasukan dari Liga Perdana yang layak adalah Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC dan UiTM FC.

Sementara itu mengulas mengenai penganjuran Karisma 2022 beliau berkata, kontinjen UiTM Cawangan Selangor telah dinobatkan juara keseluruhan daripada 14 kampus yang mengambil bahagian dengan mengutip 18 pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI