fbpx

Lionel Messi jadi sandaran misi PSG di Lisbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI kembali menemui prestasi terbaiknya bersama PSG selepas meledak tujuh gol setakat musim ini. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi bakal menjadi sandaran utama gergasi Perancis itu apabila bertandang ke Lisbon, Portugal menentang Benfica di Estadio da Luz awal pagi esok.

Kapten Argentina itu ­dilihat kembali menemui prestasi ­terbaiknya apabila sudah meledak tujuh gol musim ini termasuk satu menerusi sepakan ­percuma ketika menewaskan Nice 2-1 dalam aksi Ligue 1, Ahad lalu.

Momentum hebat tujuh pemenang Ballon d’Or itu pas­tinya menghadirkan gerun buat Benfica kerana Messi pernah mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan itu ketika mewa­kili Barcelona pada 2012.

“Messi sedang menikmati tahap terbaiknya. Apabila dia gembira, dia akan menunjukkan kemampuannya seperti anda semua pernah saksikannya dahulu,” kata Jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Pengendali berusia 56 tahun itu turut menyokong Messi untuk kembali menjadi pemain terbaik di dunia sekali lagi, biarpun kini sudah berusia 35 tahun.

Selain Messi, bintang Perancis, Kylian Mbappe dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama selepas dimasukkan sebagai pemain gantian di babak kedua ketika menentang Nice.

“Saya memberikan lebih masa rehat kepada pemain yang bermain banyak perlawanan antarabangsa, memandangkan jadual kami semakin padat selepas ini.

“Sekarang semuanya sudah kembali mencapai tahap kecergasan optimum dan saya boleh turunkan kesebelasan terbaik,” jelas Galtier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI