fbpx

KPM pandang serius isu rehat di sekolah berkepadatan tinggi – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi membantu memberikan juadah kepada murid-murid ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), Putrajaya di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu waktu rehat yang terpaksa diadakan banyak kali di sekolah-sekolah berkepadatan tinggi di seluruh negara.

Menteri Kanannya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pada asalnya isu itu tidak timbul kerana saiz kantin sekolah memang direka untuk menampung jumlah murid diunjurkan ketika pembinaan.

Bagaimanapun apabila sekolah itu telah beroperasi, pihak kementerian mendapati ada yang terpaksa dilakukan tiga sehingga lima kali waktu rehat berbeza dalam satu sesi persekolahan.

“Kita kasihan ada waktu rehat paling awal 8.30 pagi dan ia terlalu awal kerana lepas habis, murid itu kena tunggu lama sebelum balik ke rumah untuk makan tengah hari pula,” tambahnya.

Terdahulu, beliau hadir melakukan tinjauan mengejut di kantin Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) di sini dengan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof.

Kebanyakan kes sedemikian katanya, berlaku di bandar-bandar besar dan melibatkan sekolah yang menjadi tumpuan ramai ibu bapa kerana prasarana lengkap dan prestasi akademiknya.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, jika setakat dua kali waktu rehat masih lagi dianggap sebagai normal bagi tujuan pengasingan bilangan murid mengikut kelas dan kohort tahun kemasukan.

“Namun apabila ada sampai lima kali waktu rehat, itu agak pelik dan kita memang ada terima banyak rungutan ibu bapa yang mengadu mengenai rehat seawal pukul 8.30 pagi,” jelasnya.

Sehubungan itu ujarnya, pihak kementerian akan cuba mendapatkan banyak maklum balas pelbagai pihak berkepentingan bagi menilai isu tersebut secara holistik untuk jangka panjang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI