fbpx

Lelaki pakai jubah konvokesyen ziarah kubur isteri undang sebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki menziarahi kubur isterinya dengan mengenakan jubah konvokesyen.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki menziarahi kubur isterinya dengan mengenakan jubah konvokesyen meruntun hati orang ramai.

Perkongsian sedih di laman sosial @abg man-rgr itu berjaya mencuri perhatian dan mendapat tontonan sebanyak 527,000 sehingga kini.

Menurut pemilik akaun berkenaan, arwah isterinya teringin melihat dia memakai jubah konvokesyen namun hasrat arwah tidak kesampaian.

“Sayang tak sabar nak tengok awak pakai jubah ni. Harini ‘bie’ (saya) datang untuk tunjukkan kepada sayang. Ya Allah kuatkan aku,” tulis @abg man-rgr.

Susulan itu, kapsyen sedih itu telah membuat ramai pengguna sebak serta turut mendoakan pemilik akaun tersebut supaya kuat dalam menempuh ujian hidupnya.

“Benda yang paling sakit adalah sakit rindu pada orang yang sudah tiada,” ujar @Miss Kodok.

“Arwah mesti bangga sangat dengan abang… moga abang diberikan kekuatan, ketabahan dan sentiasa hidup dengan kenangan-kenangan arwah,” ujar @Marrrrr.

“Apabila kita berjuang untuk orang kita sayang..Tapi dia pergi sebelum kita berjaya..Allah je tau perasaan itu. Bila kita berjaya.. Rasa semua kosong,” komen @Kelaut@Layankepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI