fbpx

APM P. Pinang siap sedia hadapi monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Pulau Pinang kini dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi musim monsun Timur Laut.

GEORGE TOWN – Seramai 74 orang pegawai dan 429 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan musim monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Pengarah APM negeri, Kolonel (PA) Ishak Mohd. Radzi berkata, kesemua tujuh Pusat Kawalan Operasi Daerah dan satu Pusat Kawalan Operasi Negeri juga diaktifkan kepada mode bersedia bermula 24 September lalu untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan dan bencana di negeri ini.

“Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan, monsun Timur Laut pada tahun ini akan bermula pada November ini dan akan berakhir pada Mac 2023.

“Bagi APM Pulau Pinang, kita sentiasa dalam keadaan mode bersedia dari segi aset dan anggota untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana ketika musim monsun Timur Laut nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pertahanan Awam Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, bagi melancarkan tugas-tugas operasi yang berkaitan sebanyak 11 buah Light Rescue Vehicle (LVR), 15 buah Medical Rescue Vehicle (MRV), 10 buah Heavy Rescue Vehical (HRV) dan yang terkini sebuah Medical Rescue Vehicle (MRV) 4×4 telah berada dalam keadaan siap sedia untuk digerakkan bagi tugas-tugas operasi menyelamat.

“Kesemua aset ini adalah aset darat yang digunakan bagi tujuan untuk menyelamat dan bantuan kepada mangsa dari kawasan bencana serta tugas-tugas memindahkan mangsa ke pusat-pusat pemindahan sementara yang dibuka.

“Untuk aset menyelamat di air pula, sejumlah 39 unit bot fiber, 15 unit inflatable boat, 11 unit aluminium bot dan dua unit amphibia menjadikan keseluruhan aset menyelamat di air berjumlah 67 unit yang mampu digerakkan ke kawasan kawasan bencana yang memerlukan,” katanya.

Jelasnya, APM Pulau Pinang juga telah berjaya melaksanakan pengagihan sejumlah 4700 unit Cubical Tent (C-Tent) sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang (JKM), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBPP) dan di kesemua pejabat daerah dalam negeri ini.

“Kita yakin penyediaan pusat pusat pemindahan sementara sekiranya keadaan memerlukan akan lebih pantas dan memberi keselesaan kepada mangsa dengan adanya C-Tent ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beritahunya lagi, sehingga September ini, sebanyak 33 pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) berjaya ditubuhkan.

“Daripada jumlah ini seramai 1,155 orang telah diberi latihan asas berkenaan dengan bantuan awal sekiranya berlaku bencana atau kecemasan.

“Pasukan CDERT yang telah ditubuhkan ini adalah terdiri daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta organisasi politik yang berada dalam negeri ini. APM mengharapkan pasukan yang telah ditubuhkan ini akan menjadi kumpulan terawal untuk bertindak dalam situasi yang memerlukan,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI