fbpx

Banjir : Pengusaha ikan dalam sangkar diminta bantu cukupkan bekalan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd.Suffian (dua kanan depan) turut sama mengutip sampah bersama sukarelawan pada Program Pembersihan Pantai Bagi Kempen Bebas Plastik di Pantai Kelanang hari ini.

KUALA LANGAT – Pengusaha ternakan ikan sangkar di seluruh negara diminta membekalkan ikan secukupnya bagi menampung keperluan semasa pada musim banjir hujung tahun ini.

Menurut Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Mohd.Suffian Sulaiman, ketika ini stok bekalan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cukup untuk menampung keperluan semasa jika berlaku kekurangan sumber protein tersebut.

“Bagaimanapun dalam situasi banjir, kita meminta pengusaha ternakan ikan dalam sangkar untuk membekalkan ikan mereka sekiranya stok yang ada tidak mampu menampung keperluan ketika musim banjir.

“Justeru, kita akan memastikan pengusaha ternakan ikan untuk menuai hasil mereka sebelum bencana banjir berlaku untuk memastikan bekalan cukup dan mereka tidak kerugian akibat banjir,” katanya selepas Program Pembersihan Pantai Bagi Kempen Bebas Plastik di Pantai Kelanang di sini hari ini.

Mohd.Suffian menegaskan, pihaknya juga memastikan keselamatan dan kebajikan nelayan terjaga sepanjang musim tengkujuh tahun ini.

Tambahnya, pihaknya melalui Pejabat Perikanan Daerah akan melaporkan keadaan cuaca harian dan nelayan dinasihatkan tidak turun ke laut sekiranya cuaca tidak sesuai.

“Sehubungan itu, kita menubuhkan pusat bencana di peringkat kementerian bagi menyalurkan bantuan-bantuan bagi membantu nelayan terlibat dengan bencana tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap komuniti nelayan bekerjasama mengutip sisa plastik dan bahan buangan yang tidak mudah lupus untuk dibawa pulang. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI