fbpx

Setiausaha GLC Johor direman palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang setiausaha sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ini ditahan reman selama dua hari kerana dipercayai memalsukan dokumen bagi mendapatkan kelulusan bayaran daripada pihak pengurusannya, akhir tahun lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini, di sini hari ini.

Tertuduh dikenakan perintah reman berkenaan bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah menyediakan minit ahli lembaga pengarah palsu dengan tujuan mendapatkan kelulusan bayaran dividen dengan kadar yang tinggi, bayaran elaun pengarah dan bayaran insentif kepada setiausaha syarikat dan pegawai akaun bagi pihak syarikat terbabit.

Dalam masa sama, suspek juga telah mendapatkan tandatangan daripada bekas pengarahnya dengan tujuan mengelirukan pihak pengurusan GLC terbabit agar permohonan kesemua bayaran tersebut diluluskan.

Terdahulu, tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna oren serta tangan bergari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI