fbpx

Pernah terfikir bagi racun kepada 8 anak lepas kena cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamariah menceritakan kesedihan yang dialaminya semasa membesarkan anak seorang diri.

PETALING JAYA – Seorang wanita pernah terfikir membunuh diri dan memberi racun kepada lapan anaknya selepas ditinggalkan bekas suami sehelai sepinggang.

Wanita itu terfikir jalan terakhir itu selepas ditinggalkan suami tanpa nafkah dan kehidupan baru.

Kisah perkongsian ini menjadi tular di aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh @thesafiyya.co mengisahkan Kamariah Md Yatim yang berjaya mengubah hidupnya 360 darjah.

Kamariah menceritakan penderitaan hidupnya sehingga meminjam motor untuk menghantar anaknya ke sekolah kerana ketiadaan wang untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Nasib hidupnya bergantung kepada orang sekeliling di mana ayahnya memberikan tapak rumah dan abang iparnya membantu membuat pondok untuk mereka berteduh.

Bukan sahaja itu, ada juga beberapa orang yang membantunya mencarikan biasiswa dan bantuan makanan untuk anak-anaknya meneruskan kehidupan dan mendapat pendidikan yang seiring dengan orang lain.

“Seawal pagi saya sudah bekerja mengutip pucuk ubi dan kangkung untuk mencari duit buat anak ke sekolah.

“Sehinggakan saya penat mengharungi kehidupan ini dengan meletakkan racun ke dalam nasi yang ingin dimakan bersama anak-anak.

“Tiba-tiba mak hadir untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku dan menenangkan saya sehingga pengsan kerana terkejut saya ingin meracun cucu-cucunya,” rintih Kamariah.

Ibarat munculnya pelangi selepas hujan, Kamariah berjumpa dengan seseorang yang mengajaknya ke program di bawah penyeliaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Selepas habis pengajaran di program tersebut, Kamariah meminjam duit daripada AIM untuk dijadikan modal perusahaan pandan wangi.

Pinjaman yang dibuat bukan untuk hedonisme dan dia juga mendapat pertolongan daripada besannya yang meminjamkan empat hektar tanah di celah-celah lorong sawit.

Rentetan daripada kejadian tersebut, kini Kamariah sudah mampu mengusahakan 12 hektar pandan dengan bantuan suaminya.

Nasib menyebelahi Kamariah apabila dia berjaya membeli tanahnya sendiri selepas mengusahakan pandan dengan pendapatan kasar sebanyak RM 50,000 sebulan.

Kejayaan Kamariah merupakan anjakan paradigma yang boleh dijadikan uswah buat semua untuk melakukan perubahan dalam hidup tanpa berputus asa dan yakin dengan kehendak Allah SWT- KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI