fbpx

Empat negeri Semenanjung, Sarawak ribut petir pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di empat negeri Semenanjung serta Sarawak pada pagi ini sehingga pukul 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ia melibatkan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus).

“Selain itu, Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson, manakala Johor pula meliputi Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

“Dalam masa sama, amaran ribut petir di Sarawak terdiri daripada kawasan Sri Aman, Betong, Sibu (Sibu dan Kanowit) serta Mukah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI