SEPANG – Pelakon lelaki popular yang sebelum ini dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.
Kehadiran beliau dipercayai untuk didakwa susulan tindakannya memuat naik satu klip video ‘panas’ yang dikatakan mengandungi elemen sumbang di media sosial baru-baru ini.
Pelakon berusia 36 tahun itu dilihat tiba di pekarangan mahkamah lengkap bersut kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu yang dipercayai merupakan peguam dan pengurusnya.
Pendakwaan terhadap pelakon itu akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, muat naik oleh pelakon dan model itu mengundang kecaman pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tidak bermoral dan melampau selain tidak sesuai untuk ditonton oleh rakyat Malaysia.- KOSMO! ONLINE