fbpx

Budak 2 tahun terjatuh air terjun dijumpai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam mengusung mayat mangsa yang ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Rek, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Rek di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 1.53 tengah hari.

Menurutnya, seramai sembilan pegawai termasuk anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai tiba di lokasi kejadian kira-kira 35 minit kemudian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sebelum mangsa ditemui pada pukul 5 petang tadi.

“Kanak-kanak lelaki itu dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dia dipercayai terjatuh ke dalam kawasan air terjun itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berada bersama bapanya di luar kawasan rumah mereka yang berhampiran dengan air terjun berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Bagaimanapun, bapanya menyedari mangsa tiada dan khuatir kanak-kanak itu terjatuh di kawasan air terjun tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI