fbpx

Pacak puntianak atas papan iklan filem seram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar patung puntianak yang diletak atas papan iklan sebuah filem seram. - Twitter

JAKARTA – Tindakan sebuah syarikat penerbitan filem di Indonesia berdepan kecaman kerana  meletakkan patung berupa puntianak di atas papan iklan bagi mempromosikan filem seramnya, lapor laman berita Suara semalam.

Rakaman video memaparkan patung puntianak itu diletakkan secara berdiri di atas papan iklan digital untuk filem berjudul, Pamali. Patung itu pula dipakaikan pakaian  putih yang lusuh dan rambutnya  panjang mengurai dan mengerbang apabila ditiup angin.

Aksi publisiti itu mendapat kritikan pengguna jalan raya kerana bimbang ia akan mengejutkan pemandu terutama pada  waktu malam.

“Ini perbuatan yang membahayakan nyawa kerana jika ada pengguna jalan raya yang tidak tahu ia hanya sebuah patung, mereka akan terkejut dan berkemungkinan terbabas,” komen seorang pengguna media sosial.

“Tolong maklumkan kepada pemilik iklan supaya turunkan puntianak itu kerana kehadirannya mengganggu warga di sini,” komen netizen lain.

Video iklan patung puntianak yang dimuat naik di Twitter itu sudah diulang tonton sebanyak 44 ribu kali. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI