fbpx

United sudah hubungi Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO masih belum membimbing mana-mana pasukan selepas meninggalkan Spurs tahun lalu. – AFP

MANCHESTER – Masa depan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United mungkin tidak lama apabila kelab itu dilaporkan telah meng­hubungi Mauricio Pochettino untuk mengambil alih jawatan tersebut selepas ini.

Ia susulan kekalahan memalukan 1-6 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad lalu yang dilihat telah mencemarkan reputasi dan imej The Red Devils.

Lebih malang, keputusan ketika berdepan skuad kendalian Jose Mourinho iaitu bekas pe­ngurus yang dipecat oleh Uni­ted pada hujung Disember 2018 kerana prestasi mengecewakan sepanjang musim itu.

Pochettino, 48, dilihat sebagai calon paling tepat untuk mengembalikan semula kegemilangan United seperti di bawah kendalian Alex Ferguson suatu ketika dahulu memandangkan beliau kini tidak terikat dengan mana-mana pasukan.

Sentuhan pengendali dari Argentina itu menyaksikan pening­katan ketara Spurs daripada sebuah kelab biasa kepada finalis Liga Juara-Juara 2019 dan kini dianggap antara salah satu pencabar EPL.

Kecemerlangan itu bagaima­napun tidak dipandang oleh Pengerusi Spurs, Daniel Levy yang tetap memecatnya pada November tahun lalu kerana gagal menghadiahkan trofi pertama buat kelab dari Utara London itu.

Bagaimanapun, ‘bos’ United, Ed Woodward dikatakan masih mahu memberi peluang kepada Solskjaer untuk mengubah si­tuasi ini apabila mendapatkan empat pemain baharu bagi membantu pengendali dari Norway tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI